Thursday 23 April 2020

1 JUTA AHLI MASAK APA TAK JADI HARI NI DALAM TEMPOH 7 HARI

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah dan tahniah gais, dalam masa 7 hari jer gais , sejak ia ditubuhkan iaitu bermula 14/4/2020 sehingga ke 20/4/2020 , group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni sekali lagi mencuri perhatian dan tumpuan rakyat Malaysia seketika kerana berjaya mengumpul ahli sehingga 1 juta dalam masa 7 hari sahaja. 

Rata-rata ahli menyatakan yang mereka sangat enjoy dan terhibur sejak berjumpa dengan group ini. 

Kredit patut diberikan kepada semua para admin dan moderator yang bertugas. Walaupun tanpa upah tapi kami sedia bekerjasama dan memahami tugas masing-masing tanpa berlaku sebarang perbalahan. 

Maklumlah , yang dibelakang tabir MATJHN ni semua bukan kaleng-kaleng orangnya. Boleh dikatakan semua admin dan moderator yang terlibat mempunyai latar belakang dan pengalaman yang sangat besar dalam dunia media sosial. 

InsyaAllah satu hari nanti min akan posting dan dedahkan siapakah mereka yang terlibat dalam usaha menjayakan dan mengawal selia group ini dengan begitu baik sekali. 

Selain dari itu min juga nak berkongsi dengan semua mengenai beberapa komen serta posting dari ahli yang membuatkan min rasa segala usaha dan penat lelah admin dan moderator seolah berbayar .

Antara komen yang sempat min ambil untuk kongsi ada dibawah ini.




So gaiss ini sahaja perkongsian min untuk hari ini, ada ruang dan kesempatan dan peluang pasti min akan kongsikan lagi kisah-kisah menarik dari MATJHN. 

Jangan lupa join , follow , like dan subscribe akaun-akaun official kami di MATJHN. Pastikan korang follow link yang original yer, kalau selain dari link dibawah ini , itu semua fake.




INSTAGRAM : @matjhn.official

TWITTER : @matjhnofficial

No comments:

Post a Comment