Thursday 23 April 2020

1 JUTA AHLI MASAK APA TAK JADI HARI NI DALAM TEMPOH 7 HARI

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah dan tahniah gais, dalam masa 7 hari jer gais , sejak ia ditubuhkan iaitu bermula 14/4/2020 sehingga ke 20/4/2020 , group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni sekali lagi mencuri perhatian dan tumpuan rakyat Malaysia seketika kerana berjaya mengumpul ahli sehingga 1 juta dalam masa 7 hari sahaja. 

Rata-rata ahli menyatakan yang mereka sangat enjoy dan terhibur sejak berjumpa dengan group ini. 

Kredit patut diberikan kepada semua para admin dan moderator yang bertugas. Walaupun tanpa upah tapi kami sedia bekerjasama dan memahami tugas masing-masing tanpa berlaku sebarang perbalahan. 

Maklumlah , yang dibelakang tabir MATJHN ni semua bukan kaleng-kaleng orangnya. Boleh dikatakan semua admin dan moderator yang terlibat mempunyai latar belakang dan pengalaman yang sangat besar dalam dunia media sosial. 

InsyaAllah satu hari nanti min akan posting dan dedahkan siapakah mereka yang terlibat dalam usaha menjayakan dan mengawal selia group ini dengan begitu baik sekali. 

Selain dari itu min juga nak berkongsi dengan semua mengenai beberapa komen serta posting dari ahli yang membuatkan min rasa segala usaha dan penat lelah admin dan moderator seolah berbayar .

Antara komen yang sempat min ambil untuk kongsi ada dibawah ini.




So gaiss ini sahaja perkongsian min untuk hari ini, ada ruang dan kesempatan dan peluang pasti min akan kongsikan lagi kisah-kisah menarik dari MATJHN. 

Jangan lupa join , follow , like dan subscribe akaun-akaun official kami di MATJHN. Pastikan korang follow link yang original yer, kalau selain dari link dibawah ini , itu semua fake.




INSTAGRAM : @matjhn.official

TWITTER : @matjhnofficial

Sunday 19 April 2020

GROUP MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL DALAM PERHATIAN

Assalamualaikum, hai gais ! dengan rasa bangga dan  gembira , min kreditkan segala ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni atas segala perkongsian dan usaha ahli2 group MATJHN yang membuatkan group ini sehingga tahap pecah rekod kerana berjaya menghimpun ahli group dalam masa yang sangat-sangat singkat. 


Kerana anda semua terlalu osemlah , MATJHN mendapat liputan media yang sangat luas. Tahniah min ucapkan kepada korang semua. 

Oleh kerana ini adalah post pertama blog MATJHN secara rasmi , jadi min tak nak tulis panjang-panjang. 

Cumanya min harap korang semua akan terus support min dan team MATJHN supaya kita semua dapat saling belajar dari kesilapan dan berusaha untuk saling memberi manfaat.  

Disini min kongsikan beberapa link laman blog dan media perdana yang sudi berkongsi artikel di ruang penulisan masing-masing adalah seperti : 

15. Yunfila

Tu tak termasuk page-page besar di FB punya hantaran mengenai  group MATJHN. Mau lagi panjang listnya nanti. 

Apapun tahniah dan terima kasih min ucapkan kepada semua yang terlibat dalam penubuhan group ini dari founder , creator , admin , mod dan paling penting sekali adalah ahli-ahlinya.